﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯Sexy﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 4.2 (683 Ratings)﷯﷯54 Grabs Today. 53667 Total Grabs. ﷯﷯﷯﷯﷯﷯
Get the Code﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯Green Fumes﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 4.3 (197 Ratings)﷯﷯53 Grabs Today. 37229 Total Grabs. ﷯﷯﷯﷯﷯﷯Get the Code﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯Playboy﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 4.1 (658 Ratings) CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, April 8, 2009

Perjuangan seorang tokoh

Dr. Kamariah Kamaruddin telah berkarya sejak beliau berusia enam belas tahun. Karya pertamanya tersiar dalam sebuah penerbitan terunggul tanah air iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel remaja tersebut bertajuk Takdir Bukan Hukuman (1992) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan pemangkin kepada beliau untuk bergelar "pengarang" sehingga ke hari ini. Kemudian beliau menghasilkan novelnya yang kedua yang bertajuk Tiada Noktah Kasih (DBP, 1996) yang memperlihatkan karyanya sebagai genre yang bermakna dalam pertumbuhan sastera remaja. Seterusnya, novel ketiga beliau ialah Tanda Sebuah Kurnia (Creative Enterprise, 1998) yang menunjukkan penulis masih mampu berkarya sedangkan beliau sedang menyiapkan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Media, Universiti Malaya). Malahan, kemunculan novel seterusnya iaitu Sebuah Syakirah (Creative Enterprise, 2001) menjadi kekuatan untuk penulis terus berkarya walaupun hambatan komitmen yang tinggi pada masa itu. Novel kelima penulis ialah novel Kau Yang Kusayang (Creative Enterprise, 2004).

Penulis dan Dunia Sastera Hari Ini

Setelah 20 puluh tahun terlibat dalam bidang penulisan kreatif, dan 15 belas tahun dalam bidang keilmiahan dan pengkajian, penulis merasakan setiap pengarang wajar mempunyai "roh" mereka yang tersendiri dalam proses pengkaryaan. Bagi beliau, bukan mudah untuk melakar "nama" dengan hanya menurut kemahuan orang lain, memenuhi tuntutan pasaran, atau memikirkan jalur komersial tanpa memiliki jiwa seni yang puitis dan bentuk sastera yang estetika yang mengajak khalayak pembaca ke arah pemupukan insani, akal budi dan agamawi. Penulis bukan sahaja sekadar menggalas amanah sebagai "pengarang", bahkan sebagai "pendidik", "pengkaji", "pengkritik", dan "pendakwah". Beliau mengharapkan setiap karyanya bukan hanya dinikmati untuk tempoh-tempoh yang tertentu atau sekadar untuk melelapkan mata tetapi mengharapkan lebih daripada itu. Beliau menyeru bahawa setiap pengarang wajar memiliki roh kepengarangannya yang tersendiri sejajar dengan ungkapan "manusia mati meninggalkan nama" dan perlu meninggalkan khazanah yang berharga buat generasi yang bakal mencorak nusa dan bangsa.

0 comments: