﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯Sexy﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 4.2 (683 Ratings)﷯﷯54 Grabs Today. 53667 Total Grabs. ﷯﷯﷯﷯﷯﷯
Get the Code﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯Green Fumes﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 4.3 (197 Ratings)﷯﷯53 Grabs Today. 37229 Total Grabs. ﷯﷯﷯﷯﷯﷯Get the Code﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯Playboy﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 4.1 (658 Ratings) CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday, April 9, 2009

sikap Peribadi Dr dari kaca mata aku

Bagi aku dr Kamariah seorang yang tegas masa dia mengajar aku dalam subjek TEORI kESUSASTERAAN . Tapi yang best tu Dr aku tak payah jawab soalan pertengahan guna tangan guna mulut ja sudah dapat 15 markah.

Jika dilihat dari segi penulisan dia membest banyak karya-karya yang bercirikan ketuhanan contohnya mencari kamil.

selain itu Dr seorang yang teliti dalamseni penulisannya mana taknya dia sanggup menghasilkan sebuah novel selama 5 tahun semata-mata hendak kan novel tersebut benar-benar berkualiti. tapi aku tak boleh la bagi tau pasai nivel tu lagi sebabnya dalam proses lagi. nanti dah siap aku nak bacalah mesti bestkan.

kepada Dr aku ucapkan selamat perjaya dalam perjuangnya ,mungkin satu hari nanti aku akn jejak langkahnya

cabaran Dr untuk menghasikan karya yang bermutu

sebagai seorang penulis yang berpengalaman dalam penulisan kreatif mestilah beliau mengharapkan hasil karyanya menjadi sebuah karya agung yang menjadi pedoman sepanjang zaman.
Oleh itu beliau juga tidak terlepas daripada cabaran ketika menulis. Antara cabaran-cabaranya adalah

1- kesuntukkan masa untuk berkarya atas sebab tertentu seperti masa dengan keluarga , dan kerjaya oleh sebab tu kadang-kadang masa untuk menghasilkan sebuah novel mengambil masa sampai 1 tahun hingga 5 tahun.


2- menghasilkan latar tempat serta plot yang menarik contohnya beliau sekarang dalam proses untuk menghasikan novel yang berlatarkan belakangkan timur tengah. Oleh sebab itu beliau perlu membuat kajian yang mendalam tentang latar tersebut supaya apabila pembaca membaca hasil karya beliau merasakan mereka benar-benar berada di negara timur tengah

kejayaan beliau dalam bidang akademik

sebagai seorang tolkoh akademik beliau mestilah membuat kajian untuk menghasilkan sesuatu buah fikiran yang baru . sebagai salah seorang daripada pelajarnya saya berasa berbangga dengan beliau. antara bahan ilmiah yang telah dihasilkan oleh beliau ialah


  • Kamariah Kamarudin, Lim Swee Tin, Arbak Othman, 2008. Modal Insan dalam Karya Sastera Sebagai Wahana Pembangunan Negara. Geran RUGS, Universiti Putra Malaysia.

  • Kamariah Kamarudin, Zaitul Azma Zainon Hamzah, 2008. Dialek Melayu dalam Karya Sastera: Satu Analisis Berdasarkan Latar dalam Novel-novel Terpilih. Geran Fakulti, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

  • Kamariah Kamarudin, Tengku Intan Marlina Tengku Mohamad Ali, Madiawati Mamat, 2008. Wan Salmah dalam Kembara Warisan Melayu Tradisi. Geran Khas Penyelidikan Jangka Pendek Universiti Penyelidikan, Universiti Malaya.

  • Kamariah Kamarudin, 2008. Projek Critical Views On Works By Abdullah Hussain. Dana Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Bagaimana hendak mencari sumber idea menurut Dr

Menurut Dr, pada peringkat usia yang muda, pengalaman hidup dan pembacaan merupakan salah satu cara untuk kita menghasilkan satu karya kreatif yang mantap dan menarik. Beliau berkata begitu disebabkan pengalaman beliau ketika menulis pada usia 16 tahun lagi. Ketika waktu itu, pengalaman hidup beliau di samping bahan bacaanlah yang menjadi sumber inspirasi beliau untuk berkarya.

Seterusnya pada peringkat yang lebih matang, seharusnya seorang penulis itu menulis suatu karya bukanlah berdasarkan pengalaman hidup ataupun bahan bacaan semata-mata tetapi juga memerlukan latihan serta teori dan penyelidikan yang mendalam untuk menghasilkan karya ang benar-benar bermutu tinggi.

Wednesday, April 8, 2009

Nasihat beliau kepada penulis muda

perjuanganmu masih muad jangan takut untk perjuang menulis pelbagai jenis gaya penulisan tulah kata-kata nasihat daripada beliau. Selain itu beliau juga menasihatkan penulis muda yang terikut-ikut sangat denga pelbagai teori sastera pada peringkat awal penulisan kerana karya kita akan menjadi kering dan tidak sedap untuk dibaca oleh lapisan masyarakat .Beliau berkata pada peringkat ini biarlah orang lain yang menilai karya kita bukannya diri sendiri.

Sumber tercetusnya wadah perjuangan

Kamariah kamarudin menyemai minat membacanya sejak kecil lagi. Beliau telah menjadikan Hamka sebagai idolanya. Beliau suka membaca karya Hamka kerana ibu bapanya banyak menyimpan koleksi karya Hamka. Contoh karya Hamka yang beliau suka adalah seperti Berlindung di Bawah Kaabah.
Setelah bergelar mahasiswa, minat beliau tentang karya sastera semakin mendalam. Justeru beliau mengangkat beberapa orang sasterawan sebagai idolanya. Salah seorangnya ialah Arenawati. Beliau senang dengan karya-karya Arenawati seperti novel Sudara. Selain itu, beliau juga meminati Siti Zainon Ismail. Siti Zainon diangkat sebagai idolanya kerana pengkarya ini boleh menulis dalam banyak genre seperti sajak, cerpen dan novel dengan bahasa yang indah. Selain itu beliau turut meminati semua tokoh yang pernah menjadi sasterawan negara.

dengan membaca karya-karya ni beliau dapat menghasikan idea untuk menulis karya-karya yang menarik dan beliau banyak memenangi peraduan-peraduan menulis karya terutamanya karya kreatif

Karya dan Dr




K
ARYA KREATIF:-


Novel:

  • Takdir Bukan Hukuman (DBP 1992)Tiada Noktah Kasih (DBP 1996)


  • Tanda Sebuah Kurnia (Creative Enterprise 1998)


  • Destinasi (Bersiri dalam Majalah ANIS 2000-2001)


  • Sebuah Syakirah (Creative Enterprise 2001)


  • Kau Yang Ku Sayang (Creative Enterprise 2004)


Cerpen:



  • Bukan Itu Yang Kupinta (Tempat Ketiga Majalah Sekolah 1987)


  • Gelora Rasa (Majalah Dewan Siswa Februari 1989)


  • Pantai, Betapa Kau Mengembalikan Kenangan (Majalah Dewan Siswa Jun 1989)


  • Ingatan Buat Wardah (Majalah Dewan Siswa Disember 1992)


  • Warisan (Majalah Dakwah Julai 1997)


  • Meredah Cita-cita (Majalah Muslimah Ogos 1997)


  • Kembara Kasih (Majalah Perempuan Oktober 1997)


  • Angkara Marhaini (Majalah Mingguan Wanita Februari 1998)


  • Percaturan (Majalah Anis Julai 1998)


  • Perancangan (Majalah al-Manar Universiti Malaya, edisi Julai-Disember 1998)


  • Mencari Kamil II (Majalah An-Nur Julai 2003)


  • Rahmah wa Mawaddah (Majalah Dewan Sastera Disember)





karya-karya ilmiah


  • Kamariah Kamarudin dan Arbak Othman. 2007. “Tanggapan Sebagai Legasi Budaya dalam Puisi” dlm. Prosiding Seminar Antarabangsa Psikolinguistik 1 anjuran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM dan Persatuan Linguistik Malaysia pada 04-05 Disember 2007.



  • Kamariah Kamarudin, 2007. “Merungkai Pemikiran Wan Ahmad Ismail Dalam Pengkaryaan: Satu Analisis Dalam Teks-teks Yang Terpilih” dlm. Pangsura Jurnal Pengkajian dan Penelitian Sastera Asia Tenggara Bil. 25/Jilid 13, Julai-Disember 2007. Bandar Seri Begawan: Brunei Darussalam, hlm. 79-91.



  • Kamariah Kamarudin, 2007. “Justeru Impian Di Jaring” dlm. Cendekia Kumpulan Esei Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Serdang: Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.



  • Kamariah Kamarudin. 2008. “Ciri-ciri Dialek Semenanjung Malaysia: Satu Analisis Terhadap Dialog dalam Novel Melayu” dlm. Prosiding Seminar Antarabangsa Dialek-Dialek Austronesia di Nusantara III pada 24 – 26 Januari 2008.



  • Kamariah Kamarudin, Lim Swee Tin dan Arbak Othman. 2008.”Pemerkasaan Masyarakat Serumpun Menerusi Pembangunan Insan Dalam Karya Sastera: Penelitian Terhadap Beberapa Novel-Novel Melayu” dlm. Prosiding Seminar Internasional Sebumi anjuran Universitas Indonesia, Jakarta dan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 24-25 Jun 2008.



  • Kamariah Kamarudin, Pabiyah Hajimaming, Che Radiah Mezah, 2008. “Karya-karya Sastera Berunsur Islam Sebagai Teras Ketamadunan Dunia Masa Hadapan” dlm. Prosiding International Seminar On Islamic Civilization anjuran Kolej Islam Darul Ridzuan, Kuala Kangsar, Perak pada 9-10 Julai 2008, hlm. 317-325.



  • Kamariah Kamarudin, Pabiyah Hajimaming, 2008. “Bahasa dan Pemerkasaan Masyarakat Dalam Novel-novel Berunsur Islam” dlm. Prosiding Seminar Antarabangsa Linguistik & Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-4 anjuran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 11-12 November 2008, hlm. 219-226.



  • Kamariah Kamarudin, 2008. “Petak-petak Cinta Mempertalikan Hubungan Manusia” dlm. Analisis Cerpen September Majalah Dewan Sastera Oktober. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 69-72.


·