﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯Sexy﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 4.2 (683 Ratings)﷯﷯54 Grabs Today. 53667 Total Grabs. ﷯﷯﷯﷯﷯﷯
Get the Code﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯Green Fumes﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 4.3 (197 Ratings)﷯﷯53 Grabs Today. 37229 Total Grabs. ﷯﷯﷯﷯﷯﷯Get the Code﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯Playboy﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 4.1 (658 Ratings) CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, April 8, 2009

belajar oh belajar

Belajar oh belajar

Pada minggu kedua kuliah tak ada akitiviti dijalankan kami hanya belajar tentang teori sahaja. teori pun penting jugak tanpa teori macam nak kita nk buat pratikal dengan sempurnakan betul tak kawan-kawan. Sebelum belajar teori Dr telah terang sedikit sebanyak tentang tugasan yang kami perlu buat dan kami perlu mempersembahkannya pada minggu-minggu terakhir kuliah iaitu tugasannya kami perlu pergi ke rumah anak yatim untuk membuat kerja amal. Hanya 2 kumpulan sahaja yang boleh pergi satu rumah anak yatim.

1-Perlu membuat aktiviti yang boleh memberi kesan kepada anak-anak yatim tersebut.

2- Perlu rakam video atau amik gambar untuk buat multimedia.

3- Makanan perlu disediakan sendiri.

4- Tugasan perlu disiapkan sebelum minggu ke-13.

5- Persembahan multimedia dalam masa 7 minit.

6- Perlu ada video dalam persembahan multimedia.

7- Perlu buat kertas kerja.

8- Perlu menggunakan dana sendiri atau mencari sumbangan atau tajaan.

Tugasan ini sebenarnya agak berat dilaksanakan kerana ia memerlukan banyak peringkat dan proses tapi sebenarnya amat menyeronokkan dan memberi kenangan yang abadi kepada kami semua seperti yang telah aku nyatakan pada halaman yang awal tadi

Selepas memberi keterangan Dr. mula memberi kami kuliah.tentang apa itu yang dikatakan multimedia termasuk tentang internet, blog,e-mail dan peranan multimedia terhadap perkembangan global dan sebagainya. dalam kuliah Dr kami tidak digalakkan menulis tetapi digalakkan mengunakan unsur-unsur multimedia untuk mendapatkan nota yang diberi oleh beliau bagaimana caranya itu semua terpulanglah kepada individu itu masing-masing. Tapi harus di ingat dan abis kuliah nanti Dr mesti ajukan soalan dan memberi markah mengikut banyak mana satu group itu boleh jawab so kami semua kenalah bersiap sedia takut-takut tak dapat jawab tak dapat markah.

Selepas ini aku nak cerita pasal tentang belajar teori yang lain pula. Teori yang ini memang aku suka sebab apa. Aku ni memang minat sejarah tak kisahlah sejarah tentang apa pun sebutan sahaja perkara-perkara yang memberi pengajaran silam pasti aku suka. Minggu ni dr. bagi sedikit kuliah tentang sejarah teknologi maklumat. Sejarah ini bermula dengan telegraph, telefon, teleskop dan banyak lagi la.. sejarah ini mengikut tahun. Banyak lah perkara baru yang dipelajari. memang seronak dan best sekali.Selepas kuliah diberi seperti biasa ada sesi soal jawab. Kali ni sudah tentulah aku dapat menjawab soalan dengan penuh bergaya sekali.

Seterusnya aku nak cerita tentang apa yang kami belajar bersama Prof Madya Dr Arbai’e Sujud. Macam biasa lain padang lain belalang , lain manusia lain ragamnya. Maka begitu jugalah cara Dr Arbai’e mengajar kami tak sama dengan Dr Normaliza. Dr ( Dr Arbai’e ) mengajar kami tentang apa itu papan cerita dan mengapa papan cerita ini amat penting. Dr mengajar kami tentang bagaimana cara hendak membuat papan cerita yang boleh difahami oleh orang lain supaya proses untuk menghasilkan seni animasi yang lebih menarik. Selain itu Dr juga menerangkan peranan orang lingustik untuk mengembangkan bahasa dalam bentuk multimedia, menarik juga dengarnya kan. lepas ajar sahaja Dr bagi kami tugasan untuk membuat papan cerita tentang Surnami. Tapi bukan buat di dalam kelas tetapi sebaliknya.Dr juga tak ada buat soal jawab macam Dr Normaliza, Mungkin kita tak boleh nak samakan pendekatan yang diambil pensyarah yang mengajar kita. Apa yang perlu bagi kita hanya menyesuaian diri dengan semua keadaan sekali pun barulah terasa nikmatnya menuntut Ilmu itu betul tak kawan-kawan ?. Selain itu Dr juga ada mengajar kami tentang fenomena literasi multimedia dalam pembelajaran dan pengajaran (p&p) ketika itu Dr Normaliza tidak dapat hadir mungkin ada sebab munasabahnya. Banyak juga dr. bag kuliah yang memberi kesedaran tentang kepentingan multimedia dalam p&p. Dr. juga menunjukkan contoh projek dr tentang untuk tahun 5. Agak menarik. Mungkin alat ini akan membantu minat pelajar untuk belajar.

Kisah di kelas paratikal atau tutorial

Pada hari pertama aku dah pi kelas tutorial kumpulan kedua. Cik Aliya yang menjadi tutor. Untuk kelas pertama ni kami kena buat slide show guna power point, 20 slide selama 3 minit..lama tue..huhu.slide show ni tentang hal ehwal dunia. Dalam slide ini juga perlu ada asas grafik serta tak perlu letak banyak teks. Aku kena bagi pilih tajuk yang berlainan dengan orang lain. Aku pun mula dok fikir nak buat tajuk apa , last-last aku ambik tajuk Bola sepak kita ,cara kita erm macam mana aku boleh buat tajuk tu pun aku tak tau sebab aku ni bukan minat tentang bola pun. Nasib baiklah tajuk aku itu diluluskan oleh Cik Aliya, aku pun mula mencari gambar-gambar kat internet untuk masukkan dalam slide. Susah jugak nak cari gambar yang cantik dan sesuai dengan tajuk. Sambil cari gambar aku mula buat slide yang pertama. Aku taip nama, no.matrik, subjek dan tajuk. sambil-sambil nak cari idea kata kan erm..masa yang diberi untuk membuat slide show ini selama 2 minggu dan minggu ke-4, kami dah kena buat presentation untuk slide kami yang cantik-cantik.satu masalah yang selalu ada time nak buat slide ialah tak de gambar yang cantik-cantik dan sesuai.huhuhu. tapi memang aku bertungkus lumus la nak buat slide show ni dan aku sendiri tak tau nk mula kan macam mana. So kadang-kadang aku tengok dari kawan-kawan aku supaya aku dapat melahirkan idea yang lagi gempak. Bila dah tiba hari yang kena present memang berdebar. Ada jugak coursemate yang slide dorang x kuar lagu..kesian dorang.huhuhu.

Dah abis pasai slide aku kena uat kalendar , macam best je bunyinye nak try lah.. Aku kena buat kalendar guna adobe photoshop.. tapi macam mana nk guna ni aku dah la tak reti nasib baik ada Cik Aliya mula-mula dia ajar asas menggunakan adobe..mula-mula rasa susah jugak nak guna adobe coz tak penah guna adobe langsung sebelum ini.huhuhuhu. kesian aku. Ada juga untungnye amik kelas bahasa dalam multimedia ini. Banyak benda baru yang boleh belajar. First kelas aku masih terfikir-fikir lagi amik yang nak letak dalam kalendar aku ni. Aku pun mula mencari wallpaper untuk buat kalendar aku ni. Kelakar pun ada jugak coz kotak aku susun senget-senget dan aku tak tahu nak adjust. Aku pun start lah buat kalendar bulan januari.Ermm tapi bila aku nak buat kalendar macam gempak ja , macam tak ada idea lak kat nak buat sebab tak banyak gambar… huhuhu. So aku buatla kat bilik , cantik tau kalendar aku, sebab apa aku letak gambar aku, mak ayah adik-adik tokwan gambar awek aku pun aku letak sekali dalam kalendar. bestkan boleh buat kalendar sendiri , ikut suka ja tapi mesti ingat asas grafik yang 5 itu tak boleh lupa tau kalau tak kalendar aku kena komen la dengan Cik Aliya , nasib baik la dia komen tentang warna tarikh aku ja sebab tak boleh nak nampak dengan jelas tu masa kecik boleh repairkan. lepas aku hantar kalendar ni kat kedai pencetekkan la dekat ja dengan kedai Bismilah yang aku selalu lepak 2. Harga pun tak mahal hanya Rm 27.00 Je… tapi yang penting satu hasil seni aku dah siap , kalendar tu aku bagi kat awek aku sebagai tanda kenangan.

Last sekali sebagai tugasan Cik Aliya ialah buat wensite macam mana nak buat ni….masa mula2 aku dengar kena buat tugasan ini rasa takut sangat2..rase macam susah je..dan rasa macam aku tak boleh wat je…tapi itu semua hanya pada permulaannya sahaja…tapi bila dah siap aku rase website aku la yang paling gempak kat dunia ni..huhu.. Masa dalam proses nak buat tu susah gak, memang xreti pape pun lagi.Masuk hari ke 3, ke 4..aku dah mula expert dah..huhu..bukan nak membangga diri..tapi memang betul dah pun…Sebenarnye memang agak susah jugak laaa nak buat website ni, tapi bila aku belajar, lama2 aku rase benda tu senang je….Cuma kita kena explore sendiri, itulah kata2 Cik Aliya yang telah pun kami hafal sehingga kini..huhu..betul juga katanya, kalau kita tak explore macam mana kita nak reti sesuatu..so, pandai2 la..aku pun bukannya reti sangat, belajar ngan member2 jugak..masing2 tolong-menlong..best jugak wat tugasan macam ni..Dahla meja komputer aku depan skali..nak tengok yang member2 lain pun susah, kalau tak reti terpaksa la aku panggil aku panggil pito tak pun cabai yag duduk kat belakang aku..erm maklumlah pito tu pandai sikit bab-bab IT ni so dialah yang jadi mangsa aku..terima kasih erk pada korang semua.

Aku ingat dah abis dah xment tapi kena buat blog sendiri pulak. erm blog tu bukan kosong-kosong je tau tapi kena ada isinya .aku kena temu-ramah seorang pensyarah kat U aku belajar nilah..erm nasib baik jumpa kalau tak tak siap jugaklah blog aku..Terima kasihlah aku ucapkan kepada Dr kamariah kerana menjadi bahan utama aku dalam blog nanti. nak tau pasai blog aku nanti korang semua boleh la tengok bila siap ,la ni tak siap lagi so tak boleh tengok sory tau….

0 comments: