﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯Sexy﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 4.2 (683 Ratings)﷯﷯54 Grabs Today. 53667 Total Grabs. ﷯﷯﷯﷯﷯﷯
Get the Code﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯Green Fumes﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 4.3 (197 Ratings)﷯﷯53 Grabs Today. 37229 Total Grabs. ﷯﷯﷯﷯﷯﷯Get the Code﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯Playboy﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 4.1 (658 Ratings) CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, April 8, 2009

ketika dan kalimat

KETIKA DAN KALIMAT

Gambar aku

Assalamulaikum salam pembuka bicara, salam ukuwah antara kita salam wida aku ucapankan kepada semua kenalan. Sebelum aku berceloteh tentang ketika dan kalimat, maka lebih molek rasanya aku memperkenalkan diri aku dulu kepada Dr Normaliza dan Cik Aliya serta kepada sesiapa yang hendak tahu sapa diriku ni. Nama diberi ayah dan bonda HAFSHAM BIN ABD HAMID tapi lebih molek rasanya memanggil aku sebagai Sham.Tapi ada juga kawan kenalan di UPM panggil aku ketomedai atau ketum sahaja.Kalau nak tau sebab apa biarlah rahsia macam kata Datuk Siti. Aku berasal dari Pulau Pinang tapi dibesarkan dilembah klang kampung Dato Harun. Aku rasa cukup setakat itu sahaja tentang diri aku.

Hari pertama aku di dalam kelas Multimedia. ( salam perkenalan )

Macam biasa dan selalu-lalunya , aku datang lewat dalam kelas. Kelas Multimedia pada mulanya aku kurang minat bukan sebab aku tak suka tapi sebab aku ni tak reti tentang Multimedia ni sertakan off-on komputer dan menaip aku pandailah. Selain tu aku dengar-dengarlah Dr Arbai’e sujud ni tegas juga orangnya tapi tak kisah semua tu , yang aku kisahnya orang kata kelas ni banyak kerja tu yang paling aku risau dan duit pun banyak pakai.Rupanya lain yang aku sangka lain yang jadinya macam cempedak jadi nangka sebabnya aku ingat hanya Dr Arbi’e sahaja yang mengajar alih-alih Dr. Normaliza datang sekali rupa-rupanya Dr. Normaliza dan Dr. Arbaei mengajar bersama untuk kelas aku ini. Ni semua pasainya kelas kumpulan satu dan dua digabung atas sebab yang tak disangka-sangka tadilah. Depa kata Dr Normaliza ni tegas orangnya terus terang aku katakana pada masa hari pertama itu memanglah aku terasa tak selesa dan tertekan dengan dasar-dasar displin yang ditekankan oleh Dr. Normaliza seperti1- Jangan datang lewat.2- Jangan pkai selipar ke kelas.3- Kalau sorang ahli kumpulan tak datang, maka markah kumpulan akan dipotong tapi lama-kelamaan aku dah terbiasa dengan dasar tersebut just okeylah bah kata perpatah alah bias tegar biasa lebih kurang macam tulah rasanya, kalau tak betul jangan marah pulak tau. Tapi yang paling unik yang aku tak penah jumpa ialah satu perkara ni boleh amik gambar nota dengan kamera. issh pelik-pelik.

Macam biasalah dah nama pun kelas multimedia mesti ada kelas pratikalnya kan , so kelas aku pratikal Hari khamis petang senang sikit sebab malas aku nak pi kelas malam. Nak tau aku belajar apa dekat kelas pratikal angpa semua kenalah baca lagi celoteh aku ni seterusnya.. jangan marah erk.

Kita berbalik pula pada di dalam kelas tadi erk . Selepas Dr cerita serta ringkas pasai dasar-dasar displin yang dibawak tu dan serba ringkas perkenalan tentang kelas Multemedia, Dr pun suruh kami membuat kumpulan setiap kumpulan mesti 6 orang. Pada mulanya kami ada masalah nak buat kumpulan maklumlah aku dan member-member baik aku pito ,din dan cabai tak mau terpisah sebab kami dah selalu buat tugasan sama sejak sem satu lagi tapi malangnya kami tak cukup ahli lagi 2 orang macam mana ni dah la budak-budak perempuan tak mau masuk group kami , depa suruh kami berpecah manalah kami nak mau tengah-tengah dok bergelut ada dua orang mamat ini nak masuk group kami iaitu fhad dan mulhaza so atas kuasa veto aku terimalah mereka, kalau tak kumpulan kami terpaksa dibubarkan kerana tak cukup syarat yang telah ditetapkan. Dengan itu tertubuhlah yang dinamakan Shin Chan kalau angpa semua nak tau sebab apa nama dia macam tu kenalah tanya Din. Selain itu Dr pesan lagi suruh bawa mounting board hitam, gunting, majalah terpakai, puncher dan gam uhu stick serta reben ½ meter. Kami semua terfikir-fikir apa yang Dr. suruh kami buat dengan barang tersebut.

0 comments: