Aktiviti yang pertama
Macam biasa tapi bukan pasai aku mai lambat lagi tau..aku dengan kawan-kawan aku Din , Pito , Cabai ,fhad dan Mul dok di barisan yang agak depa jugak la walaupun tak depan sekali tapi kira ok apa sekurang-kurangnya nilah hari pertama aku mai tepat pada waktunya..macam mana powerkan aku ? lepas tu Dr masuk dia ajar kami semua tentang 5 elemen asas grafik iaitu iaitu; 1- kesesuaian 2- keseimbangan 3- mudah 4- warna 5- Teks. Aku pun dengarlah Dr cakap “blah..blah…okey lepas apa lagi keluarlah barang-barang yang saya suruh bawak minggu lepas dan cari asas grafik tadi dalam majalah yang kamu bawak , saya mahu siap sebelum pukul dua” terkedu aku seketika boleh ke siap ni (monolog dalaman ). Siap tak siap lain kira yang penting kita cuba dulu. Mula kami pilih tempat yang sesuai untuk buat benda alah ni..lepas tu apa lagi tak terus buat kot kita ni kan budak U mesti rancang nak bagi tugas baru lah sistematik sikitkan. Dah bagi tugas masing-masing kami pun buatlah tapi tak bermakna kami tak kerjasama Cuma dengan cara ni lebih mudah dan cepat. Walaupun dalam keadaan yang agak tertekan maklumlah tugasan pertama katakan tak biasalah tapi alhamduliah syukur kepada tuhan kerana kami berjaya juga menyiapkannya dengan baik dapat A lagi tugasan yang pertama ni. Walaupun nampak macam keanak-anakan dan mudah tapi sebenarnya kerja ni sebenaranya memerlukan ketelitian ,kreatifan dan kerjasama yang tinggi untuk menyiapkannya. Jangan pandang rendah tau aktiviti macam ni kalau tak percaya try la sendiri dekat rumah.
0 comments:
Post a Comment