Aktiviti yang seterusnya..
Dalam banyak-banyak akitiviti yang dibuat akitiviti ni semua ahli kumpulan aku tertekan tak senyum langsung ,serius je memanjang mana taknya buat karang sepanjang lapan muka surat manalah nak sempatkan..risau ni kalau-kalau tak sempat buat mana taknya bukan taip kosongnye tau tapi berisi punya karangan ni agak mencabar dan memerlukan perancanaan yang baik disamping ketajaman minda serta kawalan emosi yang kuat sahaja yang akan benar-benar dapat menyiapkan tugasan ni. Korang mesti terasa keseriusan aku cerita ni mana aku rasa..korang nak dengar tak kami kena buat tajuk pasai apa. alkisah bermula sebuah kisah kami mendapat tajuk sang kancil dengan sang tupai ops sory aku gurau je tak kan Dr nak bagi tajuk macam tu pulak kan betul tak kawan-kawan..betul-betul ..dah-dah jangan dok jadi macam upin dan ipin pulak tau.
Sebenarnya kami dapat tajuk imaginasi mempengaruhi kreativiti kanak-kanak. Dapat sahaja tajuk aku dah geleng kepala tapi geleng kepala bukan rasa tak mau buat Cuma aku nak tenangkan hati aku yang dalam kegusaran ni , orang tua kata macam kucing nak beranak hahaha.. Mula aku membuat peta minda supaya kami dan Dr tahu apa yang kami hendak karangkan nanti. Hanya kami berjaya memuaskan hati Dr dengan peta minda walaupun sebenarnya kami pun tak berapa yakin dengan apa yang kami telah buat. Selepas itu kami semua membahagikan tugas dengan membahagikan sub-sub point dan seorang daripada kami akan menaip semua teks yang telah kami semua buat tapi malangnya strategi yang kami buat kali ni tak membuatkan hasil yang memberangsangkan kami tak mahu menyiapkan tugasan tersebut pada waktu yang ditepatkan kerana kami hanya mampu menyiapkan 6 muka surat sahaja tapi walaubagaimanapun kami terpaksa hantar tugasan tersebut walaupun tak cukup syarat yang penting hantar. siap tak siap lain kira. Alhamduliah syukur kepada Tuhan kerana Dr terima juga tugasan kami melalui e-maill. Hal ni kerana yang paling penting dalam tugasan ini adalah kami semua tahu mengunakan e-mail. Dalam akitviti ini hanya kami sedar bahawa kami masih lagi kurang membaca walaupun kami ini seorang pelajar U yang sepatutnya rajin membaca semua jenis bahan tak kira ianya berkaitan dengan krusus ataupum .Kami akur punca utama kami tak dapat menyiapakan tugasan ini kerana kekurangan yang ada pada kami bukan sebab susah tugasan yang diberi oleh Dr.
0 comments:
Post a Comment