Bagi aku dr Kamariah seorang yang tegas masa dia mengajar aku dalam subjek TEORI kESUSASTERAAN . Tapi yang best tu Dr aku tak payah jawab soalan pertengahan guna tangan guna mulut ja sudah dapat 15 markah.
Jika dilihat dari segi penulisan dia membest banyak karya-karya yang bercirikan ketuhanan contohnya mencari kamil.
selain itu Dr seorang yang teliti dalamseni penulisannya mana taknya dia sanggup menghasilkan sebuah novel selama 5 tahun semata-mata hendak kan novel tersebut benar-benar berkualiti. tapi aku tak boleh la bagi tau pasai nivel tu lagi sebabnya dalam proses lagi. nanti dah siap aku nak bacalah mesti bestkan.
kepada Dr aku ucapkan selamat perjaya dalam perjuangnya ,mungkin satu hari nanti aku akn jejak langkahnya
Thursday, April 9, 2009
sikap Peribadi Dr dari kaca mata aku
Posted by sham-medai at 3:32 AM 0 comments
cabaran Dr untuk menghasikan karya yang bermutu
sebagai seorang penulis yang berpengalaman dalam penulisan kreatif mestilah beliau mengharapkan hasil karyanya menjadi sebuah karya agung yang menjadi pedoman sepanjang zaman.
Oleh itu beliau juga tidak terlepas daripada cabaran ketika menulis. Antara cabaran-cabaranya adalah
1- kesuntukkan masa untuk berkarya atas sebab tertentu seperti masa dengan keluarga , dan kerjaya oleh sebab tu kadang-kadang masa untuk menghasilkan sebuah novel mengambil masa sampai 1 tahun hingga 5 tahun.
2- menghasilkan latar tempat serta plot yang menarik contohnya beliau sekarang dalam proses untuk menghasikan novel yang berlatarkan belakangkan timur tengah. Oleh sebab itu beliau perlu membuat kajian yang mendalam tentang latar tersebut supaya apabila pembaca membaca hasil karya beliau merasakan mereka benar-benar berada di negara timur tengah
Posted by sham-medai at 2:46 AM 0 comments
kejayaan beliau dalam bidang akademik
sebagai seorang tolkoh akademik beliau mestilah membuat kajian untuk menghasilkan sesuatu buah fikiran yang baru . sebagai salah seorang daripada pelajarnya saya berasa berbangga dengan beliau. antara bahan ilmiah yang telah dihasilkan oleh beliau ialah
Kamariah Kamarudin, Lim Swee Tin, Arbak Othman, 2008. Modal Insan dalam Karya Sastera Sebagai Wahana Pembangunan Negara. Geran RUGS, Universiti Putra Malaysia.
Kamariah Kamarudin, Zaitul Azma Zainon Hamzah, 2008. Dialek Melayu dalam Karya Sastera: Satu Analisis Berdasarkan Latar dalam Novel-novel Terpilih. Geran Fakulti, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.
Kamariah Kamarudin, Tengku Intan Marlina Tengku Mohamad Ali, Madiawati Mamat, 2008. Wan Salmah dalam Kembara Warisan Melayu Tradisi. Geran Khas Penyelidikan Jangka Pendek Universiti Penyelidikan, Universiti Malaya.
Kamariah Kamarudin, 2008. Projek Critical Views On Works By Abdullah Hussain. Dana Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Posted by sham-medai at 2:35 AM 0 comments
Labels: sebaha
Bagaimana hendak mencari sumber idea menurut Dr
Menurut Dr, pada peringkat usia yang muda, pengalaman hidup dan pembacaan merupakan salah satu cara untuk kita menghasilkan satu karya kreatif yang mantap dan menarik. Beliau berkata begitu disebabkan pengalaman beliau ketika menulis pada usia 16 tahun lagi. Ketika waktu itu, pengalaman hidup beliau di samping bahan bacaanlah yang menjadi sumber inspirasi beliau untuk berkarya.
Seterusnya pada peringkat yang lebih matang, seharusnya seorang penulis itu menulis suatu karya bukanlah berdasarkan pengalaman hidup ataupun bahan bacaan semata-mata tetapi juga memerlukan latihan serta teori dan penyelidikan yang mendalam untuk menghasilkan karya ang benar-benar bermutu tinggi.
Posted by sham-medai at 1:13 AM 0 comments
Wednesday, April 8, 2009
Nasihat beliau kepada penulis muda
perjuanganmu masih muad jangan takut untk perjuang menulis pelbagai jenis gaya penulisan tulah kata-kata nasihat daripada beliau. Selain itu beliau juga menasihatkan penulis muda yang terikut-ikut sangat denga pelbagai teori sastera pada peringkat awal penulisan kerana karya kita akan menjadi kering dan tidak sedap untuk dibaca oleh lapisan masyarakat .Beliau berkata pada peringkat ini biarlah orang lain yang menilai karya kita bukannya diri sendiri.
Posted by sham-medai at 11:18 PM 0 comments
Sumber tercetusnya wadah perjuangan
Kamariah kamarudin menyemai minat membacanya sejak kecil lagi. Beliau telah menjadikan Hamka sebagai idolanya. Beliau suka membaca karya Hamka kerana ibu bapanya banyak menyimpan koleksi karya Hamka. Contoh karya Hamka yang beliau suka adalah seperti Berlindung di Bawah Kaabah.
Setelah bergelar mahasiswa, minat beliau tentang karya sastera semakin mendalam. Justeru beliau mengangkat beberapa orang sasterawan sebagai idolanya. Salah seorangnya ialah Arenawati. Beliau senang dengan karya-karya Arenawati seperti novel Sudara. Selain itu, beliau juga meminati Siti Zainon Ismail. Siti Zainon diangkat sebagai idolanya kerana pengkarya ini boleh menulis dalam banyak genre seperti sajak, cerpen dan novel dengan bahasa yang indah. Selain itu beliau turut meminati semua tokoh yang pernah menjadi sasterawan negara.
dengan membaca karya-karya ni beliau dapat menghasikan idea untuk menulis karya-karya yang menarik dan beliau banyak memenangi peraduan-peraduan menulis karya terutamanya karya kreatif
Posted by sham-medai at 11:13 PM 0 comments
Karya dan Dr
KARYA KREATIF:-
Novel:
- Takdir Bukan Hukuman (DBP 1992)Tiada Noktah Kasih (DBP 1996)
- Tanda Sebuah Kurnia (Creative Enterprise 1998)
- Destinasi (Bersiri dalam Majalah ANIS 2000-2001)
- Sebuah Syakirah (Creative Enterprise 2001)
- Kau Yang Ku Sayang (Creative Enterprise 2004)
Cerpen:
- Bukan Itu Yang Kupinta (Tempat Ketiga Majalah Sekolah 1987)
- Gelora Rasa (Majalah Dewan Siswa Februari 1989)
- Pantai, Betapa Kau Mengembalikan Kenangan (Majalah Dewan Siswa Jun 1989)
- Ingatan Buat Wardah (Majalah Dewan Siswa Disember 1992)
- Warisan (Majalah Dakwah Julai 1997)
- Meredah Cita-cita (Majalah Muslimah Ogos 1997)
- Kembara Kasih (Majalah Perempuan Oktober 1997)
- Angkara Marhaini (Majalah Mingguan Wanita Februari 1998)
- Percaturan (Majalah Anis Julai 1998)
- Perancangan (Majalah al-Manar Universiti Malaya, edisi Julai-Disember 1998)
- Mencari Kamil II (Majalah An-Nur Julai 2003)
- Rahmah wa Mawaddah (Majalah Dewan Sastera Disember)
karya-karya ilmiah
- Kamariah Kamarudin dan Arbak Othman. 2007. “Tanggapan Sebagai Legasi Budaya dalam Puisi” dlm. Prosiding Seminar Antarabangsa Psikolinguistik 1 anjuran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM dan Persatuan Linguistik Malaysia pada 04-05 Disember 2007.
- Kamariah Kamarudin, 2007. “Merungkai Pemikiran Wan Ahmad Ismail Dalam Pengkaryaan: Satu Analisis Dalam Teks-teks Yang Terpilih” dlm. Pangsura Jurnal Pengkajian dan Penelitian Sastera Asia Tenggara Bil. 25/Jilid 13, Julai-Disember 2007. Bandar Seri Begawan: Brunei Darussalam, hlm. 79-91.
- Kamariah Kamarudin, 2007. “Justeru Impian Di Jaring” dlm. Cendekia Kumpulan Esei Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Serdang: Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM.
- Kamariah Kamarudin. 2008. “Ciri-ciri Dialek Semenanjung Malaysia: Satu Analisis Terhadap Dialog dalam Novel Melayu” dlm. Prosiding Seminar Antarabangsa Dialek-Dialek Austronesia di Nusantara III pada 24 – 26 Januari 2008.
- Kamariah Kamarudin, Lim Swee Tin dan Arbak Othman. 2008.”Pemerkasaan Masyarakat Serumpun Menerusi Pembangunan Insan Dalam Karya Sastera: Penelitian Terhadap Beberapa Novel-Novel Melayu” dlm. Prosiding Seminar Internasional Sebumi anjuran Universitas Indonesia, Jakarta dan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 24-25 Jun 2008.
- Kamariah Kamarudin, Pabiyah Hajimaming, Che Radiah Mezah, 2008. “Karya-karya Sastera Berunsur Islam Sebagai Teras Ketamadunan Dunia Masa Hadapan” dlm. Prosiding International Seminar On Islamic Civilization anjuran Kolej Islam Darul Ridzuan, Kuala Kangsar, Perak pada 9-10 Julai 2008, hlm. 317-325.
- Kamariah Kamarudin, Pabiyah Hajimaming, 2008. “Bahasa dan Pemerkasaan Masyarakat Dalam Novel-novel Berunsur Islam” dlm. Prosiding Seminar Antarabangsa Linguistik & Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-4 anjuran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 11-12 November 2008, hlm. 219-226.
- Kamariah Kamarudin, 2008. “Petak-petak Cinta Mempertalikan Hubungan Manusia” dlm. Analisis Cerpen September Majalah Dewan Sastera Oktober. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 69-72.
·
Posted by sham-medai at 11:07 PM 0 comments
Perjuangan seorang tokoh
Dr. Kamariah Kamaruddin telah berkarya sejak beliau berusia enam belas tahun. Karya pertamanya tersiar dalam sebuah penerbitan terunggul tanah air iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel remaja tersebut bertajuk Takdir Bukan Hukuman (1992) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan pemangkin kepada beliau untuk bergelar "pengarang" sehingga ke hari ini. Kemudian beliau menghasilkan novelnya yang kedua yang bertajuk Tiada Noktah Kasih (DBP, 1996) yang memperlihatkan karyanya sebagai genre yang bermakna dalam pertumbuhan sastera remaja. Seterusnya, novel ketiga beliau ialah Tanda Sebuah Kurnia (Creative Enterprise, 1998) yang menunjukkan penulis masih mampu berkarya sedangkan beliau sedang menyiapkan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Media, Universiti Malaya). Malahan, kemunculan novel seterusnya iaitu Sebuah Syakirah (Creative Enterprise, 2001) menjadi kekuatan untuk penulis terus berkarya walaupun hambatan komitmen yang tinggi pada masa itu. Novel kelima penulis ialah novel Kau Yang Kusayang (Creative Enterprise, 2004).
Penulis dan Dunia Sastera Hari Ini
Setelah 20 puluh tahun terlibat dalam bidang penulisan kreatif, dan 15 belas tahun dalam bidang keilmiahan dan pengkajian, penulis merasakan setiap pengarang wajar mempunyai "roh" mereka yang tersendiri dalam proses pengkaryaan. Bagi beliau, bukan mudah untuk melakar "nama" dengan hanya menurut kemahuan orang lain, memenuhi tuntutan pasaran, atau memikirkan jalur komersial tanpa memiliki jiwa seni yang puitis dan bentuk sastera yang estetika yang mengajak khalayak pembaca ke arah pemupukan insani, akal budi dan agamawi. Penulis bukan sahaja sekadar menggalas amanah sebagai "pengarang", bahkan sebagai "pendidik", "pengkaji", "pengkritik", dan "pendakwah". Beliau mengharapkan setiap karyanya bukan hanya dinikmati untuk tempoh-tempoh yang tertentu atau sekadar untuk melelapkan mata tetapi mengharapkan lebih daripada itu. Beliau menyeru bahawa setiap pengarang wajar memiliki roh kepengarangannya yang tersendiri sejajar dengan ungkapan "manusia mati meninggalkan nama" dan perlu meninggalkan khazanah yang berharga buat generasi yang bakal mencorak nusa dan bangsa.
Posted by sham-medai at 11:03 PM 0 comments
salam terakhir
Salam wida setulus jiwa diucapkan
Pertama-tama kalinya aku mengucapkan terima kasih yang berbanyak-banyak yang tak terhingga , kerna setiap ilmumu yang dicurahkan tak bolehaku balas dengan nilai permata dan wang ringgit: terima kasih Dr Normaliza , terima kasih Prof Madya Dr Abai’e Sujud ,terima kasih Cik Aliya dan tidak lupa kepada kawan-kawan yang telah banyak membantu aku.Kenangan-kenangan bersama-sama korang semua dekat UPM ni kan daku simpan di dalam hati.
Bye.bye bye jumpa lagi semua
salam ukhwah ,salam muslimat , salam wida
daripada HAFSHAM ABD HAMID……….
No Fon..017-6566…….cari sendiri, usaha tu tangga kejayaan.
Posted by sham-medai at 11:01 PM 0 comments
belajar oh belajar
Belajar oh belajar
Pada minggu kedua kuliah tak ada akitiviti dijalankan kami hanya belajar tentang teori sahaja. teori pun penting jugak tanpa teori macam nak kita nk buat pratikal dengan sempurnakan betul tak kawan-kawan. Sebelum belajar teori Dr telah terang sedikit sebanyak tentang tugasan yang kami perlu buat dan kami perlu mempersembahkannya pada minggu-minggu terakhir kuliah iaitu tugasannya kami perlu pergi ke rumah anak yatim untuk membuat kerja amal. Hanya 2 kumpulan sahaja yang boleh pergi satu rumah anak yatim.
1-Perlu membuat aktiviti yang boleh memberi kesan kepada anak-anak yatim tersebut.
2- Perlu rakam video atau amik gambar untuk buat multimedia.
3- Makanan perlu disediakan sendiri.
4- Tugasan perlu disiapkan sebelum minggu ke-13.
5- Persembahan multimedia dalam masa 7 minit.
6- Perlu ada video dalam persembahan multimedia.
7- Perlu buat kertas kerja.
8- Perlu menggunakan dana sendiri atau mencari sumbangan atau tajaan.
Tugasan ini sebenarnya agak berat dilaksanakan kerana ia memerlukan banyak peringkat dan proses tapi sebenarnya amat menyeronokkan dan memberi kenangan yang abadi kepada kami semua seperti yang telah aku nyatakan pada halaman yang awal tadi
Selepas memberi keterangan Dr. mula memberi kami kuliah.tentang apa itu yang dikatakan multimedia termasuk tentang internet, blog,e-mail dan peranan multimedia terhadap perkembangan global dan sebagainya. dalam kuliah Dr kami tidak digalakkan menulis tetapi digalakkan mengunakan unsur-unsur multimedia untuk mendapatkan nota yang diberi oleh beliau bagaimana caranya itu semua terpulanglah kepada individu itu masing-masing. Tapi harus di ingat dan abis kuliah nanti Dr mesti ajukan soalan dan memberi markah mengikut banyak mana satu group itu boleh jawab so kami semua kenalah bersiap sedia takut-takut tak dapat jawab tak dapat markah.
Selepas ini aku nak cerita pasal tentang belajar teori yang lain pula. Teori yang ini memang aku suka sebab apa. Aku ni memang minat sejarah tak kisahlah sejarah tentang apa pun sebutan sahaja perkara-perkara yang memberi pengajaran silam pasti aku suka. Minggu ni dr. bagi sedikit kuliah tentang sejarah teknologi maklumat. Sejarah ini bermula dengan telegraph, telefon, teleskop dan banyak lagi la.. sejarah ini mengikut tahun. Banyak lah perkara baru yang dipelajari. memang seronak dan best sekali.Selepas kuliah diberi seperti biasa ada sesi soal jawab. Kali ni sudah tentulah aku dapat menjawab soalan dengan penuh bergaya sekali.
Seterusnya aku nak cerita tentang apa yang kami belajar bersama Prof Madya Dr Arbai’e Sujud. Macam biasa lain padang lain belalang , lain manusia lain ragamnya. Maka begitu jugalah cara Dr Arbai’e mengajar kami tak sama dengan Dr Normaliza. Dr ( Dr Arbai’e ) mengajar kami tentang apa itu papan cerita dan mengapa papan cerita ini amat penting. Dr mengajar kami tentang bagaimana cara hendak membuat papan cerita yang boleh difahami oleh orang lain supaya proses untuk menghasilkan seni animasi yang lebih menarik. Selain itu Dr juga menerangkan peranan orang lingustik untuk mengembangkan bahasa dalam bentuk multimedia, menarik juga dengarnya kan. lepas ajar sahaja Dr bagi kami tugasan untuk membuat papan cerita tentang Surnami. Tapi bukan buat di dalam kelas tetapi sebaliknya.Dr juga tak ada buat soal jawab macam Dr Normaliza, Mungkin kita tak boleh nak samakan pendekatan yang diambil pensyarah yang mengajar kita. Apa yang perlu bagi kita hanya menyesuaian diri dengan semua keadaan sekali pun barulah terasa nikmatnya menuntut Ilmu itu betul tak kawan-kawan ?. Selain itu Dr juga ada mengajar kami tentang fenomena literasi multimedia dalam pembelajaran dan pengajaran (p&p) ketika itu Dr Normaliza tidak dapat hadir mungkin ada sebab munasabahnya. Banyak juga dr. bag kuliah yang memberi kesedaran tentang kepentingan multimedia dalam p&p. Dr. juga menunjukkan contoh projek dr tentang untuk tahun 5. Agak menarik. Mungkin alat ini akan membantu minat pelajar untuk belajar.
Kisah di kelas paratikal atau tutorial
Pada hari pertama aku dah pi kelas tutorial kumpulan kedua. Cik Aliya yang menjadi tutor. Untuk kelas pertama ni kami kena buat slide show guna power point, 20 slide selama 3 minit..lama tue..huhu.slide show ni tentang hal ehwal dunia. Dalam slide ini juga perlu ada asas grafik serta tak perlu letak banyak teks. Aku kena bagi pilih tajuk yang berlainan dengan orang lain. Aku pun mula dok fikir nak buat tajuk apa , last-last aku ambik tajuk Bola sepak kita ,cara kita erm macam mana aku boleh buat tajuk tu pun aku tak tau sebab aku ni bukan minat tentang bola pun. Nasib baiklah tajuk aku itu diluluskan oleh Cik Aliya, aku pun mula mencari gambar-gambar kat internet untuk masukkan dalam slide. Susah jugak nak cari gambar yang cantik dan sesuai dengan tajuk. Sambil cari gambar aku mula buat slide yang pertama. Aku taip nama, no.matrik, subjek dan tajuk. sambil-sambil nak cari idea kata kan erm..masa yang diberi untuk membuat slide show ini selama 2 minggu dan minggu ke-4, kami dah kena buat presentation untuk slide kami yang cantik-cantik.satu masalah yang selalu ada time nak buat slide ialah tak de gambar yang cantik-cantik dan sesuai.huhuhu. tapi memang aku bertungkus lumus la nak buat slide show ni dan aku sendiri tak tau nk mula kan macam mana. So kadang-kadang aku tengok dari kawan-kawan aku supaya aku dapat melahirkan idea yang lagi gempak. Bila dah tiba hari yang kena present memang berdebar. Ada jugak coursemate yang slide dorang x kuar lagu..kesian dorang.huhuhu.
Dah abis pasai slide aku kena uat kalendar , macam best je bunyinye nak try lah.. Aku kena buat kalendar guna adobe photoshop.. tapi macam mana nk guna ni aku dah la tak reti nasib baik ada Cik Aliya mula-mula dia ajar asas menggunakan adobe..mula-mula rasa susah jugak nak guna adobe coz tak penah guna adobe langsung sebelum ini.huhuhuhu. kesian aku. Ada juga untungnye amik kelas bahasa dalam multimedia ini. Banyak benda baru yang boleh belajar. First kelas aku masih terfikir-fikir lagi amik yang nak letak dalam kalendar aku ni. Aku pun mula mencari wallpaper untuk buat kalendar aku ni. Kelakar pun ada jugak coz kotak aku susun senget-senget dan aku tak tahu nak adjust. Aku pun start lah buat kalendar bulan januari.Ermm tapi bila aku nak buat kalendar macam gempak ja , macam tak ada idea lak kat nak buat sebab tak banyak gambar… huhuhu. So aku buatla kat bilik , cantik tau kalendar aku, sebab apa aku letak gambar aku, mak ayah adik-adik tokwan gambar awek aku pun aku letak sekali dalam kalendar. bestkan boleh buat kalendar sendiri , ikut suka ja tapi mesti ingat asas grafik yang 5 itu tak boleh lupa tau kalau tak kalendar aku kena komen la dengan Cik Aliya , nasib baik la dia komen tentang warna tarikh aku ja sebab tak boleh nak nampak dengan jelas tu masa kecik boleh repairkan. lepas aku hantar kalendar ni kat kedai pencetekkan la dekat ja dengan kedai Bismilah yang aku selalu lepak 2. Harga pun tak mahal hanya Rm 27.00 Je… tapi yang penting satu hasil seni aku dah siap , kalendar tu aku bagi kat awek aku sebagai tanda kenangan.
Last sekali sebagai tugasan Cik Aliya ialah buat wensite macam mana nak buat ni….masa mula2 aku dengar kena buat tugasan ini rasa takut sangat2..rase macam susah je..dan rasa macam aku tak boleh wat je…tapi itu semua hanya pada permulaannya sahaja…tapi bila dah siap aku rase website aku la yang paling gempak kat dunia ni..huhu.. Masa dalam proses nak buat tu susah gak, memang xreti pape pun lagi.Masuk hari ke 3, ke 4..aku dah mula expert dah..huhu..bukan nak membangga diri..tapi memang betul dah pun…Sebenarnye memang agak susah jugak laaa nak buat website ni, tapi bila aku belajar, lama2 aku rase benda tu senang je….Cuma kita kena explore sendiri, itulah kata2 Cik Aliya yang telah pun kami hafal sehingga kini..huhu..betul juga katanya, kalau kita tak explore macam mana kita nak reti sesuatu..so, pandai2 la..aku pun bukannya reti sangat, belajar ngan member2 jugak..masing2 tolong-menlong..best jugak wat tugasan macam ni..Dahla meja komputer aku depan skali..nak tengok yang member2 lain pun susah, kalau tak reti terpaksa la aku panggil aku panggil pito tak pun cabai yag duduk kat belakang aku..erm maklumlah pito tu pandai sikit bab-bab IT ni so dialah yang jadi mangsa aku..terima kasih erk pada korang semua.
Aku ingat dah abis dah xment tapi kena buat blog sendiri pulak. erm blog tu bukan kosong-kosong je tau tapi kena ada isinya .aku kena temu-ramah seorang pensyarah kat U aku belajar nilah..erm nasib baik jumpa kalau tak tak siap jugaklah blog aku..Terima kasihlah aku ucapkan kepada Dr kamariah kerana menjadi bahan utama aku dalam blog nanti. nak tau pasai blog aku nanti korang semua boleh la tengok bila siap ,la ni tak siap lagi so tak boleh tengok sory tau….
Posted by sham-medai at 11:00 PM 0 comments
Akiviti 5
Aktiviti yang memberi kesan ke terlusuk kalbu.
Aku nak cerita pasai kami semua pi rumah kanak-kanak Nur Salam di Chow Ckit KL. Semasa kami ni nak pi , kami semua bangun awai pagi( 4 pagi) sebab semangat nak siapkan sarapan untuk kanak-kanak di Nur Salam walaupun tak seberapa tapi best dan sedap, kalau nak tau sapa buat sudah tentulah Cabai, Din dan Pito..pandai kan depa masak kalah perempuan tu..kepada perempuan yang tak ada colon lagi boleh pilih depa ni semua tak rugi tau pandai , rajin, rupa pun ada..hahaha aku garau je kepada kawan-kawan aku yang dikasihi sekalian yang la marah tau , Kepada Pia , Nik , Liza , dan Ting terima kasih semua sebab sedia juadah tengahari yang sedap untuk kami semua..kenangan makan bersama tak kan aku lupa sampai bila-bila dalam sejarah tu…kalau nak tau sebab apa hanya group aku dan Kami sahaja yang tau … so pada yang lain jangan marah erk.
Semasa di sana kami membuat akitviti yang best lagi berilmiah iaitu mewarna ( untuk kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke bawah ) , silang kata, sesi perkenalan , simpulan bahasa dan LDK ( Latihan dalam kumpulan ). Kanak-kanak ini memang memberikan kerjasama yang baik , tambah pula sikap dady mereka yang cool dan peramah memang tak rugi kita orang semua pi sama. Walaupun kanak-kanak ini sonok dan gembira di dalam kawasan Ruman Nur Salam tetapi dalam hati aku ni terasa kegusaran memikirkan nasib kanak-kanak ni yang hidup dalam kawasan black area tentulah sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka.Bila dady ( pengasuh Nur Salam ) memberi tau kami sebenarnya mereka ini adalah kanak-kanak yang berisiko tinggi dan tertubuhnya rumah ni untuk mengelakkan mereka tergerumus dalam kancah jenayah . aku bersyukur kepada tuhan bahawa nasib aku ini lebih baik daripada mereka rupanya.
Posted by sham-medai at 10:59 PM 0 comments
Akiviti 4
Aktiviti yang boleh dikatakan best jugak
Aktiviti yang ni gak mudah jugak tapi tetap best dan mempunyai cabarannya tersendiri. Sebab apa aku kata macam tu. Kali kami kena buat e-majalah la pulak tau kena buatnya kalau guna internet memanglah aku tak tau lansung tapi nasib baiklah hanya guna kertas yang kami bawak sahaja. Pada mulanya kami kena sediakan 5 helai kertas lepas kertas ni kena lipat dua supaya menjadi 20 muka halaman..oh sebelum aku terlupa , kami kena cari tajuk dulu ,ermm nasib baik tajuk bebas nak tau tak masa kami dok bincang-bincang pasai tajuk ada seorang group lain dengarla pulak, yang buat aku geram tu dia ambik tajuk group kami ada ka patut ? memang tak patutkan . Tapi kami tak semua tak cepat melenteng ,kami cool ja , malas nak gaduh-gaduh nak buat dah besar-besarkan semua. Kami pun cari tajuk lain , akhirnya corak batik menjadi pilih, nasib baik ada din dia pandai juga melukis yang lain pandai juga tapi tak sepandai dinla. Pada mulanya kami buat draf ( papan cerita tentang apa yang kami hendak masukkan ). Walaupun e-majalah yang kami buat tu hanya di kertas tapi kami hendak membuatnya seperti e-majalah kat dalam internet, korang semua penah baca tak e-majalah mesti pernahkan. So apa yang kami buat ni samalah seperti korang suma tengok cuba yang bezanya cuma medium dan cara membuatnya mengunakan menual itu sahaja yang lain tak ada bezanya macam biasa. Bab-bab masa ini tak payahlah aku terang sebab sama sahaja ketepatan itu penting.
Posted by sham-medai at 10:58 PM 0 comments
Akiviti 3
Aktiviti yang menarik
Seterusnya aku nak cerita sikitlah aktiviti yang paling best dalam kuliah ni, bagi akulah iaitu mengambil gambar ahli group untuk buat slide show power point dan masa yang diperuntukkan untuk tayangan 7 minit dengan berlandaskan ada simpulan bahasa atau peribahasa atau kiasan atau bidalan. Tapi gambar yang diambil mesti disekitar falkuti sahaja tapi perlu ingat bergambar-gambar juga tapi asas grafik yang lupa tu pesan Dr Normaliza.
Walaupun menyeronokkan sebab boleh posing sakan tetapi terasa susah pun sebab dengan panasnya. Selepas itu kitaorang kena fikirkan gaya yang spontan untuk mengambarkan simpulan bahasa yang dipilih semuanya dua puluh simpulan bahasa maka dua puluh aksi jugalah yang kami kena buat. Pada mulanya kita orang mengambil gambar secara sponton tetapi rasa macam tak menarik hanya beberapa gambar sahaja yang boleh dikaitkan dengan kesimpulan bahasa yang kami pilih maka kami semua mangambil keputusan membuat sesi fotografi pada hari cuti maklumlah pada hari cuti orang tak ramai tak adalah malu nak buat aksi-aksi yang pelik-pelik dan aneh. Lagi pun kami dah bincang macam mana nak posing aksi yang berdasarkan simpulan bahasa maka banyak juga lah aksi-aksi yang pelik seperti gambar yang berkaitan dengan nyawa-nyawa ikan, pancat kenyang dan lain-lain.kalau nak cerita memang tak habis Selepas tu kami membuat powerpoint untuk mempersembahkan hasil gambar-gambar kami tadi. Powerpoint ini sebenarnya Dinlah yang paling banyak buat sebab dia ni rajin walaubagaimanapun kami banyak juga membantu dari segi memberi idea dan mengedit power point tersebut supaya menampakkan kreativiti serta elemen grafik yang menarik.
Ketika group kami mempersembahkan power point tersebut barulah aku rasa puas dengan penat lelah kami berposing disekeliling fakulti, rupa-rupanya cantik juga kawasan falkulti aku ni bila tengok dari gambar rupanya. Patutlah ramai artis-artis suka buat pengambaran dekat falkuti aku. Popularkan falkulti aku !
Posted by sham-medai at 10:57 PM 0 comments
Akiviti 2
Aktiviti yang seterusnya..
Dalam banyak-banyak akitiviti yang dibuat akitiviti ni semua ahli kumpulan aku tertekan tak senyum langsung ,serius je memanjang mana taknya buat karang sepanjang lapan muka surat manalah nak sempatkan..risau ni kalau-kalau tak sempat buat mana taknya bukan taip kosongnye tau tapi berisi punya karangan ni agak mencabar dan memerlukan perancanaan yang baik disamping ketajaman minda serta kawalan emosi yang kuat sahaja yang akan benar-benar dapat menyiapkan tugasan ni. Korang mesti terasa keseriusan aku cerita ni mana aku rasa..korang nak dengar tak kami kena buat tajuk pasai apa. alkisah bermula sebuah kisah kami mendapat tajuk sang kancil dengan sang tupai ops sory aku gurau je tak kan Dr nak bagi tajuk macam tu pulak kan betul tak kawan-kawan..betul-betul ..dah-dah jangan dok jadi macam upin dan ipin pulak tau.
Sebenarnya kami dapat tajuk imaginasi mempengaruhi kreativiti kanak-kanak. Dapat sahaja tajuk aku dah geleng kepala tapi geleng kepala bukan rasa tak mau buat Cuma aku nak tenangkan hati aku yang dalam kegusaran ni , orang tua kata macam kucing nak beranak hahaha.. Mula aku membuat peta minda supaya kami dan Dr tahu apa yang kami hendak karangkan nanti. Hanya kami berjaya memuaskan hati Dr dengan peta minda walaupun sebenarnya kami pun tak berapa yakin dengan apa yang kami telah buat. Selepas itu kami semua membahagikan tugas dengan membahagikan sub-sub point dan seorang daripada kami akan menaip semua teks yang telah kami semua buat tapi malangnya strategi yang kami buat kali ni tak membuatkan hasil yang memberangsangkan kami tak mahu menyiapkan tugasan tersebut pada waktu yang ditepatkan kerana kami hanya mampu menyiapkan 6 muka surat sahaja tapi walaubagaimanapun kami terpaksa hantar tugasan tersebut walaupun tak cukup syarat yang penting hantar. siap tak siap lain kira. Alhamduliah syukur kepada Tuhan kerana Dr terima juga tugasan kami melalui e-maill. Hal ni kerana yang paling penting dalam tugasan ini adalah kami semua tahu mengunakan e-mail. Dalam akitviti ini hanya kami sedar bahawa kami masih lagi kurang membaca walaupun kami ini seorang pelajar U yang sepatutnya rajin membaca semua jenis bahan tak kira ianya berkaitan dengan krusus ataupum .Kami akur punca utama kami tak dapat menyiapakan tugasan ini kerana kekurangan yang ada pada kami bukan sebab susah tugasan yang diberi oleh Dr.
Posted by sham-medai at 10:56 PM 0 comments
Akiviti 1
Aktiviti yang pertama
Macam biasa tapi bukan pasai aku mai lambat lagi tau..aku dengan kawan-kawan aku Din , Pito , Cabai ,fhad dan Mul dok di barisan yang agak depa jugak la walaupun tak depan sekali tapi kira ok apa sekurang-kurangnya nilah hari pertama aku mai tepat pada waktunya..macam mana powerkan aku ? lepas tu Dr masuk dia ajar kami semua tentang 5 elemen asas grafik iaitu iaitu; 1- kesesuaian 2- keseimbangan 3- mudah 4- warna 5- Teks. Aku pun dengarlah Dr cakap “blah..blah…okey lepas apa lagi keluarlah barang-barang yang saya suruh bawak minggu lepas dan cari asas grafik tadi dalam majalah yang kamu bawak , saya mahu siap sebelum pukul dua” terkedu aku seketika boleh ke siap ni (monolog dalaman ). Siap tak siap lain kira yang penting kita cuba dulu. Mula kami pilih tempat yang sesuai untuk buat benda alah ni..lepas tu apa lagi tak terus buat kot kita ni kan budak U mesti rancang nak bagi tugas baru lah sistematik sikitkan. Dah bagi tugas masing-masing kami pun buatlah tapi tak bermakna kami tak kerjasama Cuma dengan cara ni lebih mudah dan cepat. Walaupun dalam keadaan yang agak tertekan maklumlah tugasan pertama katakan tak biasalah tapi alhamduliah syukur kepada tuhan kerana kami berjaya juga menyiapkannya dengan baik dapat A lagi tugasan yang pertama ni. Walaupun nampak macam keanak-anakan dan mudah tapi sebenarnya kerja ni sebenaranya memerlukan ketelitian ,kreatifan dan kerjasama yang tinggi untuk menyiapkannya. Jangan pandang rendah tau aktiviti macam ni kalau tak percaya try la sendiri dekat rumah.
Posted by sham-medai at 10:55 PM 0 comments
ketika dan kalimat
KETIKA DAN KALIMAT
Gambar aku
Assalamulaikum salam pembuka bicara, salam ukuwah antara kita salam wida aku ucapankan kepada semua kenalan. Sebelum aku berceloteh tentang ketika dan kalimat, maka lebih molek rasanya aku memperkenalkan diri aku dulu kepada Dr Normaliza dan Cik Aliya serta kepada sesiapa yang hendak tahu sapa diriku ni. Nama diberi ayah dan bonda HAFSHAM BIN ABD HAMID tapi lebih molek rasanya memanggil aku sebagai Sham.Tapi ada juga kawan kenalan di UPM panggil aku ketomedai atau ketum sahaja.Kalau nak tau sebab apa biarlah rahsia macam kata Datuk Siti. Aku berasal dari Pulau Pinang tapi dibesarkan dilembah klang kampung Dato Harun. Aku rasa cukup setakat itu sahaja tentang diri aku.
Hari pertama aku di dalam kelas Multimedia. ( salam perkenalan )
Macam biasa dan selalu-lalunya , aku datang lewat dalam kelas. Kelas Multimedia pada mulanya aku kurang minat bukan sebab aku tak suka tapi sebab aku ni tak reti tentang Multimedia ni sertakan off-on komputer dan menaip aku pandailah. Selain tu aku dengar-dengarlah Dr Arbai’e sujud ni tegas juga orangnya tapi tak kisah semua tu , yang aku kisahnya orang kata kelas ni banyak kerja tu yang paling aku risau dan duit pun banyak pakai.Rupanya lain yang aku sangka lain yang jadinya macam cempedak jadi nangka sebabnya aku ingat hanya Dr Arbi’e sahaja yang mengajar alih-alih Dr. Normaliza datang sekali rupa-rupanya Dr. Normaliza dan Dr. Arbaei mengajar bersama untuk kelas aku ini. Ni semua pasainya kelas kumpulan satu dan dua digabung atas sebab yang tak disangka-sangka tadilah. Depa kata Dr Normaliza ni tegas orangnya terus terang aku katakana pada masa hari pertama itu memanglah aku terasa tak selesa dan tertekan dengan dasar-dasar displin yang ditekankan oleh Dr. Normaliza seperti1- Jangan datang lewat.2- Jangan pkai selipar ke kelas.3- Kalau sorang ahli kumpulan tak datang, maka markah kumpulan akan dipotong tapi lama-kelamaan aku dah terbiasa dengan dasar tersebut just okeylah bah kata perpatah alah bias tegar biasa lebih kurang macam tulah rasanya, kalau tak betul jangan marah pulak tau. Tapi yang paling unik yang aku tak penah jumpa ialah satu perkara ni boleh amik gambar nota dengan kamera. issh pelik-pelik.
Macam biasalah dah nama pun kelas multimedia mesti ada kelas pratikalnya kan , so kelas aku pratikal Hari khamis petang senang sikit sebab malas aku nak pi kelas malam. Nak tau aku belajar apa dekat kelas pratikal angpa semua kenalah baca lagi celoteh aku ni seterusnya.. jangan marah erk.
Kita berbalik pula pada di dalam kelas tadi erk . Selepas Dr cerita serta ringkas pasai dasar-dasar displin yang dibawak tu dan serba ringkas perkenalan tentang kelas Multemedia, Dr pun suruh kami membuat kumpulan setiap kumpulan mesti 6 orang. Pada mulanya kami ada masalah nak buat kumpulan maklumlah aku dan member-member baik aku pito ,din dan cabai tak mau terpisah sebab kami dah selalu buat tugasan sama sejak sem satu lagi tapi malangnya kami tak cukup ahli lagi 2 orang macam mana ni dah la budak-budak perempuan tak mau masuk group kami , depa suruh kami berpecah manalah kami nak mau tengah-tengah dok bergelut ada dua orang mamat ini nak masuk group kami iaitu fhad dan mulhaza so atas kuasa veto aku terimalah mereka, kalau tak kumpulan kami terpaksa dibubarkan kerana tak cukup syarat yang telah ditetapkan. Dengan itu tertubuhlah yang dinamakan Shin Chan kalau angpa semua nak tau sebab apa nama dia macam tu kenalah tanya Din. Selain itu Dr pesan lagi suruh bawa mounting board hitam, gunting, majalah terpakai, puncher dan gam uhu stick serta reben ½ meter. Kami semua terfikir-fikir apa yang Dr. suruh kami buat dengan barang tersebut.
Posted by sham-medai at 10:54 PM 0 comments
Mencari sebuah permata yang bernilai
Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran dibeberapa buah sekolah menengah juga iaitu
- Sekolah Menengah Agama al-Falah Kemaman (1986-1990)
- Sekolah Menengah Chukai Kemaman (1991-1992)
- Kolej Negeri Negeri Sembilan (1993)
- Ijazah Sarjana Muda(Pengajian Media) di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya(1994-1998)
- Ijazah Sarjana Sastera(Persuratan Melayu) di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia(1998-2000)
- Ijazah Doktor Falsafah(Pengajian Melayu) di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya(2001-2005)
Posted by sham-medai at 9:49 PM 0 comments