﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯Sexy﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 4.2 (683 Ratings)﷯﷯54 Grabs Today. 53667 Total Grabs. ﷯﷯﷯﷯﷯﷯
Get the Code﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯Green Fumes﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 4.3 (197 Ratings)﷯﷯53 Grabs Today. 37229 Total Grabs. ﷯﷯﷯﷯﷯﷯Get the Code﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯Playboy﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 4.1 (658 Ratings) CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, April 8, 2009

Akiviti 5



Aktiviti yang memberi kesan ke terlusuk kalbu.




Aku nak cerita pasai kami semua pi rumah kanak-kanak Nur Salam di Chow Ckit KL. Semasa kami ni nak pi , kami semua bangun awai pagi( 4 pagi) sebab semangat nak siapkan sarapan untuk kanak-kanak di Nur Salam walaupun tak seberapa tapi best dan sedap, kalau nak tau sapa buat sudah tentulah Cabai, Din dan Pito..pandai kan depa masak kalah perempuan tu..kepada perempuan yang tak ada colon lagi boleh pilih depa ni semua tak rugi tau pandai , rajin, rupa pun ada..hahaha aku garau je kepada kawan-kawan aku yang dikasihi sekalian yang la marah tau , Kepada Pia , Nik , Liza , dan Ting terima kasih semua sebab sedia juadah tengahari yang sedap untuk kami semua..kenangan makan bersama tak kan aku lupa sampai bila-bila dalam sejarah tu…kalau nak tau sebab apa hanya group aku dan Kami sahaja yang tau … so pada yang lain jangan marah erk.


Semasa di sana kami membuat akitviti yang best lagi berilmiah iaitu mewarna ( untuk kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke bawah ) , silang kata, sesi perkenalan , simpulan bahasa dan LDK ( Latihan dalam kumpulan ). Kanak-kanak ini memang memberikan kerjasama yang baik , tambah pula sikap dady mereka yang cool dan peramah memang tak rugi kita orang semua pi sama. Walaupun kanak-kanak ini sonok dan gembira di dalam kawasan Ruman Nur Salam tetapi dalam hati aku ni terasa kegusaran memikirkan nasib kanak-kanak ni yang hidup dalam kawasan black area tentulah sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka.Bila dady ( pengasuh Nur Salam ) memberi tau kami sebenarnya mereka ini adalah kanak-kanak yang berisiko tinggi dan tertubuhnya rumah ni untuk mengelakkan mereka tergerumus dalam kancah jenayah . aku bersyukur kepada tuhan bahawa nasib aku ini lebih baik daripada mereka rupanya.



Akiviti 4

Aktiviti yang boleh dikatakan best jugak

Aktiviti yang ni gak mudah jugak tapi tetap best dan mempunyai cabarannya tersendiri. Sebab apa aku kata macam tu. Kali kami kena buat e-majalah la pulak tau kena buatnya kalau guna internet memanglah aku tak tau lansung tapi nasib baiklah hanya guna kertas yang kami bawak sahaja. Pada mulanya kami kena sediakan 5 helai kertas lepas kertas ni kena lipat dua supaya menjadi 20 muka halaman..oh sebelum aku terlupa , kami kena cari tajuk dulu ,ermm nasib baik tajuk bebas nak tau tak masa kami dok bincang-bincang pasai tajuk ada seorang group lain dengarla pulak, yang buat aku geram tu dia ambik tajuk group kami ada ka patut ? memang tak patutkan . Tapi kami tak semua tak cepat melenteng ,kami cool ja , malas nak gaduh-gaduh nak buat dah besar-besarkan semua. Kami pun cari tajuk lain , akhirnya corak batik menjadi pilih, nasib baik ada din dia pandai juga melukis yang lain pandai juga tapi tak sepandai dinla. Pada mulanya kami buat draf ( papan cerita tentang apa yang kami hendak masukkan ). Walaupun e-majalah yang kami buat tu hanya di kertas tapi kami hendak membuatnya seperti e-majalah kat dalam internet, korang semua penah baca tak e-majalah mesti pernahkan. So apa yang kami buat ni samalah seperti korang suma tengok cuba yang bezanya cuma medium dan cara membuatnya mengunakan menual itu sahaja yang lain tak ada bezanya macam biasa. Bab-bab masa ini tak payahlah aku terang sebab sama sahaja ketepatan itu penting.

Akiviti 3



Aktiviti yang menarik






Seterusnya aku nak cerita sikitlah aktiviti yang paling best dalam kuliah ni, bagi akulah iaitu mengambil gambar ahli group untuk buat slide show power point dan masa yang diperuntukkan untuk tayangan 7 minit dengan berlandaskan ada simpulan bahasa atau peribahasa atau kiasan atau bidalan. Tapi gambar yang diambil mesti disekitar falkuti sahaja tapi perlu ingat bergambar-gambar juga tapi asas grafik yang lupa tu pesan Dr Normaliza.


Walaupun menyeronokkan sebab boleh posing sakan tetapi terasa susah pun sebab dengan panasnya. Selepas itu kitaorang kena fikirkan gaya yang spontan untuk mengambarkan simpulan bahasa yang dipilih semuanya dua puluh simpulan bahasa maka dua puluh aksi jugalah yang kami kena buat. Pada mulanya kita orang mengambil gambar secara sponton tetapi rasa macam tak menarik hanya beberapa gambar sahaja yang boleh dikaitkan dengan kesimpulan bahasa yang kami pilih maka kami semua mangambil keputusan membuat sesi fotografi pada hari cuti maklumlah pada hari cuti orang tak ramai tak adalah malu nak buat aksi-aksi yang pelik-pelik dan aneh. Lagi pun kami dah bincang macam mana nak posing aksi yang berdasarkan simpulan bahasa maka banyak juga lah aksi-aksi yang pelik seperti gambar yang berkaitan dengan nyawa-nyawa ikan, pancat kenyang dan lain-lain.kalau nak cerita memang tak habis Selepas tu kami membuat powerpoint untuk mempersembahkan hasil gambar-gambar kami tadi. Powerpoint ini sebenarnya Dinlah yang paling banyak buat sebab dia ni rajin walaubagaimanapun kami banyak juga membantu dari segi memberi idea dan mengedit power point tersebut supaya menampakkan kreativiti serta elemen grafik yang menarik.


Ketika group kami mempersembahkan power point tersebut barulah aku rasa puas dengan penat lelah kami berposing disekeliling fakulti, rupa-rupanya cantik juga kawasan falkulti aku ni bila tengok dari gambar rupanya. Patutlah ramai artis-artis suka buat pengambaran dekat falkuti aku. Popularkan falkulti aku !

Akiviti 2

Aktiviti yang seterusnya..

Dalam banyak-banyak akitiviti yang dibuat akitiviti ni semua ahli kumpulan aku tertekan tak senyum langsung ,serius je memanjang mana taknya buat karang sepanjang lapan muka surat manalah nak sempatkan..risau ni kalau-kalau tak sempat buat mana taknya bukan taip kosongnye tau tapi berisi punya karangan ni agak mencabar dan memerlukan perancanaan yang baik disamping ketajaman minda serta kawalan emosi yang kuat sahaja yang akan benar-benar dapat menyiapkan tugasan ni. Korang mesti terasa keseriusan aku cerita ni mana aku rasa..korang nak dengar tak kami kena buat tajuk pasai apa. alkisah bermula sebuah kisah kami mendapat tajuk sang kancil dengan sang tupai ops sory aku gurau je tak kan Dr nak bagi tajuk macam tu pulak kan betul tak kawan-kawan..betul-betul ..dah-dah jangan dok jadi macam upin dan ipin pulak tau.

Sebenarnya kami dapat tajuk imaginasi mempengaruhi kreativiti kanak-kanak. Dapat sahaja tajuk aku dah geleng kepala tapi geleng kepala bukan rasa tak mau buat Cuma aku nak tenangkan hati aku yang dalam kegusaran ni , orang tua kata macam kucing nak beranak hahaha.. Mula aku membuat peta minda supaya kami dan Dr tahu apa yang kami hendak karangkan nanti. Hanya kami berjaya memuaskan hati Dr dengan peta minda walaupun sebenarnya kami pun tak berapa yakin dengan apa yang kami telah buat. Selepas itu kami semua membahagikan tugas dengan membahagikan sub-sub point dan seorang daripada kami akan menaip semua teks yang telah kami semua buat tapi malangnya strategi yang kami buat kali ni tak membuatkan hasil yang memberangsangkan kami tak mahu menyiapkan tugasan tersebut pada waktu yang ditepatkan kerana kami hanya mampu menyiapkan 6 muka surat sahaja tapi walaubagaimanapun kami terpaksa hantar tugasan tersebut walaupun tak cukup syarat yang penting hantar. siap tak siap lain kira. Alhamduliah syukur kepada Tuhan kerana Dr terima juga tugasan kami melalui e-maill. Hal ni kerana yang paling penting dalam tugasan ini adalah kami semua tahu mengunakan e-mail. Dalam akitviti ini hanya kami sedar bahawa kami masih lagi kurang membaca walaupun kami ini seorang pelajar U yang sepatutnya rajin membaca semua jenis bahan tak kira ianya berkaitan dengan krusus ataupum .Kami akur punca utama kami tak dapat menyiapakan tugasan ini kerana kekurangan yang ada pada kami bukan sebab susah tugasan yang diberi oleh Dr.

Akiviti 1

Aktiviti yang pertama

Macam biasa tapi bukan pasai aku mai lambat lagi tau..aku dengan kawan-kawan aku Din , Pito , Cabai ,fhad dan Mul dok di barisan yang agak depa jugak la walaupun tak depan sekali tapi kira ok apa sekurang-kurangnya nilah hari pertama aku mai tepat pada waktunya..macam mana powerkan aku ? lepas tu Dr masuk dia ajar kami semua tentang 5 elemen asas grafik iaitu iaitu; 1- kesesuaian 2- keseimbangan 3- mudah 4- warna 5- Teks. Aku pun dengarlah Dr cakap “blah..blah…okey lepas apa lagi keluarlah barang-barang yang saya suruh bawak minggu lepas dan cari asas grafik tadi dalam majalah yang kamu bawak , saya mahu siap sebelum pukul dua” terkedu aku seketika boleh ke siap ni (monolog dalaman ). Siap tak siap lain kira yang penting kita cuba dulu. Mula kami pilih tempat yang sesuai untuk buat benda alah ni..lepas tu apa lagi tak terus buat kot kita ni kan budak U mesti rancang nak bagi tugas baru lah sistematik sikitkan. Dah bagi tugas masing-masing kami pun buatlah tapi tak bermakna kami tak kerjasama Cuma dengan cara ni lebih mudah dan cepat. Walaupun dalam keadaan yang agak tertekan maklumlah tugasan pertama katakan tak biasalah tapi alhamduliah syukur kepada tuhan kerana kami berjaya juga menyiapkannya dengan baik dapat A lagi tugasan yang pertama ni. Walaupun nampak macam keanak-anakan dan mudah tapi sebenarnya kerja ni sebenaranya memerlukan ketelitian ,kreatifan dan kerjasama yang tinggi untuk menyiapkannya. Jangan pandang rendah tau aktiviti macam ni kalau tak percaya try la sendiri dekat rumah.

ketika dan kalimat

KETIKA DAN KALIMAT

Gambar aku

Assalamulaikum salam pembuka bicara, salam ukuwah antara kita salam wida aku ucapankan kepada semua kenalan. Sebelum aku berceloteh tentang ketika dan kalimat, maka lebih molek rasanya aku memperkenalkan diri aku dulu kepada Dr Normaliza dan Cik Aliya serta kepada sesiapa yang hendak tahu sapa diriku ni. Nama diberi ayah dan bonda HAFSHAM BIN ABD HAMID tapi lebih molek rasanya memanggil aku sebagai Sham.Tapi ada juga kawan kenalan di UPM panggil aku ketomedai atau ketum sahaja.Kalau nak tau sebab apa biarlah rahsia macam kata Datuk Siti. Aku berasal dari Pulau Pinang tapi dibesarkan dilembah klang kampung Dato Harun. Aku rasa cukup setakat itu sahaja tentang diri aku.

Hari pertama aku di dalam kelas Multimedia. ( salam perkenalan )

Macam biasa dan selalu-lalunya , aku datang lewat dalam kelas. Kelas Multimedia pada mulanya aku kurang minat bukan sebab aku tak suka tapi sebab aku ni tak reti tentang Multimedia ni sertakan off-on komputer dan menaip aku pandailah. Selain tu aku dengar-dengarlah Dr Arbai’e sujud ni tegas juga orangnya tapi tak kisah semua tu , yang aku kisahnya orang kata kelas ni banyak kerja tu yang paling aku risau dan duit pun banyak pakai.Rupanya lain yang aku sangka lain yang jadinya macam cempedak jadi nangka sebabnya aku ingat hanya Dr Arbi’e sahaja yang mengajar alih-alih Dr. Normaliza datang sekali rupa-rupanya Dr. Normaliza dan Dr. Arbaei mengajar bersama untuk kelas aku ini. Ni semua pasainya kelas kumpulan satu dan dua digabung atas sebab yang tak disangka-sangka tadilah. Depa kata Dr Normaliza ni tegas orangnya terus terang aku katakana pada masa hari pertama itu memanglah aku terasa tak selesa dan tertekan dengan dasar-dasar displin yang ditekankan oleh Dr. Normaliza seperti1- Jangan datang lewat.2- Jangan pkai selipar ke kelas.3- Kalau sorang ahli kumpulan tak datang, maka markah kumpulan akan dipotong tapi lama-kelamaan aku dah terbiasa dengan dasar tersebut just okeylah bah kata perpatah alah bias tegar biasa lebih kurang macam tulah rasanya, kalau tak betul jangan marah pulak tau. Tapi yang paling unik yang aku tak penah jumpa ialah satu perkara ni boleh amik gambar nota dengan kamera. issh pelik-pelik.

Macam biasalah dah nama pun kelas multimedia mesti ada kelas pratikalnya kan , so kelas aku pratikal Hari khamis petang senang sikit sebab malas aku nak pi kelas malam. Nak tau aku belajar apa dekat kelas pratikal angpa semua kenalah baca lagi celoteh aku ni seterusnya.. jangan marah erk.

Kita berbalik pula pada di dalam kelas tadi erk . Selepas Dr cerita serta ringkas pasai dasar-dasar displin yang dibawak tu dan serba ringkas perkenalan tentang kelas Multemedia, Dr pun suruh kami membuat kumpulan setiap kumpulan mesti 6 orang. Pada mulanya kami ada masalah nak buat kumpulan maklumlah aku dan member-member baik aku pito ,din dan cabai tak mau terpisah sebab kami dah selalu buat tugasan sama sejak sem satu lagi tapi malangnya kami tak cukup ahli lagi 2 orang macam mana ni dah la budak-budak perempuan tak mau masuk group kami , depa suruh kami berpecah manalah kami nak mau tengah-tengah dok bergelut ada dua orang mamat ini nak masuk group kami iaitu fhad dan mulhaza so atas kuasa veto aku terimalah mereka, kalau tak kumpulan kami terpaksa dibubarkan kerana tak cukup syarat yang telah ditetapkan. Dengan itu tertubuhlah yang dinamakan Shin Chan kalau angpa semua nak tau sebab apa nama dia macam tu kenalah tanya Din. Selain itu Dr pesan lagi suruh bawa mounting board hitam, gunting, majalah terpakai, puncher dan gam uhu stick serta reben ½ meter. Kami semua terfikir-fikir apa yang Dr. suruh kami buat dengan barang tersebut.

Mencari sebuah permata yang bernilai


Ketika aku dan beberapa rakan seperjuang membuat temu-ramah dengan Dr Kamariah Kamaruddin pada 25 mac 2009. Aku mendapat beliau seorang penulis yang cekal dan tabah mengharungi onak dan ranjau liku-liku perjuangan sastera Melayu.Sebelum aku menceritakan tentang perjuang beliau molek rasanya aku menceritakan serta sedikit tentang latar belakang beliau. Beliau telah dilahirkan pada tanggal 23 mac 1973 di kemaman Terangganu negeri pantai timur yang kaya dengan keindahan pantainya.Beliu mendapat pendidikan awai dua buah sekolah ni mungkin kerana latar belakang keluarga seorang pendidik membuatnya sering bertukar sekolah.iaitu di sekolah kebangsaan Chukai Kemaman ( 1980-1983 ) dan sekolah kebangsaan Binjai Kemaman (1984-1985 ).

Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran dibeberapa buah sekolah menengah juga iaitu
  • Sekolah Menengah Agama al-Falah Kemaman (1986-1990)
  • Sekolah Menengah Chukai Kemaman (1991-1992)
  • Kolej Negeri Negeri Sembilan (1993)
Seterusnya dengan ketabahan beliau menimba ilmu dengan bersungguh-sungguh maka beliau dapat melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang tertinggi.
  • Ijazah Sarjana Muda(Pengajian Media) di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya(1994-1998)
  • Ijazah Sarjana Sastera(Persuratan Melayu) di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia(1998-2000)
  • Ijazah Doktor Falsafah(Pengajian Melayu) di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya(2001-2005)
Setelah beliau mendapat kelulusan ni hasil kesungguhan beliau menuntut ilmu dengan gigit , akhirnya beliau telah berjaya mendapat kerjaya sebagai pensyarah di jabatan bahasa melayu fbmk UPM. Selain itu beliau juga menjadi seorang pengkrtik sastera serta penulis bebas dalam penulisan kreatif.